9/23/2011

:: renung2kan dan selamat beramal ::

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..





Thanks for reading mine ;]

9/22/2011

LAWAK!!!! :: oh!!lewat sebulan!! ::


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata“ayang….. period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor”.
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pagawai TNB tu pun berkata “Ini rumah En.Mahpuz ke?” “Iya, saya ini isterinya. Ada apa encik”.
Pegawai TNB itu pun berkata, “Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah”.
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. “Apa???? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat?”
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab Ala puan, ni kanzaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check melalui Online”
Kata-kata pegawai TNB itu membuatkan keadaan si isteri tu lagi terkejut. “Apaaaa….!!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuuuu???”
Pegaawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Releks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5 hingga 6 bulan”
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.
Keesokan harinya, selepas si Mahpuz ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berketaan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik serata berkata “Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrrr? Huh!!! Bisness apa korang buat ni?? Nak kena saman kerr??!!!”
Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahpuz ini berdiri dan mententeramkan keadaan. “sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpuz naik berang.
“APAAA?? Nak bayar korang?? Belaahhhh laahhh!!”
Lalu pegawai TNB tu pun cakap “kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya…...”
Si Mahpuz mencelah “Apaa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaa???”
Pegawai TNB tu pun cakap “nampak gayanya… ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAA”




Thanks for reading mine ;]